Isnin, 10 Disember 2018

Jamak Contoh 1



Contoh:-

A dari Kg. Serting Tengah ( Masjid Kariah Serting Tengah ) menuju ke Kuala Lumpur kerumah anaknya selama dua hari.

Dalam perjalanan tersebut sampai di Kuala Pilah kendengaran Azan menandakan telah masuk waktu Maghirb. Beliau singgah di masjid berhampiran ( Masjid Melang ) dan menunaikan sembahyang Maghrib.Bolehkan beliau menjamak dan menqasarkan sembahyangnya walaupun perjalanan tersebut belum menempuhi 2 marhalah.

Jawapan:-

A boleh menjamak dan menqasarkan sembahyangnya di Masjid Melang walaupun belum menempuhi perjalanan 2 marhalah.
   Beliau telah meninggalkan kawasannya Kariah Masjid Serting Tengah.
   Beliau boleh mengikuti Imam di Masjid Melang mendiriikan sembahyang Maghrib dengan niat mengikuti imam sembahyang maghrib jamak dengan Isyak dan juga Qasar ( Jamak Taqdim ). Selepas sahaja menunaikan sembahyang Maghrib.
 A perlu terus mendirikan sembahyang Isyak 2 rakaat pula. A tidak boleh berkata-kata yang panjang yang boleh memutuskan tempoh masa untuknya mendirikan sembahyang Isyak tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan