Isnin, 10 Disember 2018

Masbuk dan muafik 1



Mana-mana makmum yang menyertai Imam dengan mengangkat Takbirratul Ihram,
dan selepas Takbirratul Ihramnya,ia mendapat masa yang cukup untuk menghabiskan bacaan Fatihahnya sebelum imamnya rukuk dinamakan Muafik.
 Oleh yang demikian apabila makmum tersebut kelewatan mengangkat Takbirratul Ihram bersama dengan imam, makmum tersebut tidak lagi dituntut membaca doa iftitah. Apa yang dituntut ialah makmum tersebut mendengar bacaan Fatihah oleh Imam tersebut. Sekirannya imam tersebut sedang membaca surah dalam sembahyang yang bacaannya dijaharkan .. makmum tersebut juga tidak dituntut membaca A'uzubill ( Taawudz) dalam bacaan Fatihahnya, dan makmum tersebut harus terus membaca Basmallah.
  Contoh.
      Pada subuh pagi Jumaat, Imam sedang membaca surah yang pendek atau panjang ( Ayat Sajadah ),
Makmum yang kelewatan tersebut walaupun ia mengetahui surah sejadah itu masih panjang dari segi hukumnya.. Ulama berpandangan makmum tersebut tidak lagi perlu membaca yang lain selain daripada Surah Al Fatihah yang wajib atas dirinya.
      Makmum yang kelewatan mengangkat Takbir bersama dengan imamnya  langsung membaca A Fatihah dan tidak menyibukkan dirinya dengan bacaan dan hal-hal yang lain, makmum tersebut tidak dianggap cuai dan jika ia baru membaca dua atau tiga ayat daripada Fatihanya lalu imamnya rukuk, makmum tersebut dia kira seorang yang Masbuk.( kerana tidak mendapat masa yang cukup untuk menghabiskan bacaan Fatihahnya ).
   Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan